Thursday, May 8, 2008

PIAGAM SEKOLAH

Kami berjanji akan berikhtiar
Supaya anak muris sekolah ini
Dapat menyerap segala pengajaran kami
Yang berdasarkan falsafah pendidikan negara
untuk menjadi seorang yang berdisiplin
bijak rajin, kreatif dan inovatif
serta berpegang teguh
pada kepercayaan kepada Tuhan
dan mereka dapat hidup berdikari
dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

MISI SEKOLAH

1. Mewujudkan kumpulan kerja bagi merealisasikan visi dengan berpandukan P&P yang berkesan.

2. Mewujudkan budaya rajin berusaha dalam kalangan murid sekolah.

3. Mewujudkan budaya bekerja yang efisyen antara staf sekolah.

4. Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada PIBG dan seterusnya dari semua ibubapa.

VISI SEKOLAH

Meningkatkan kualiti prestasi
UPSR sekolah supaya menjadi sekolah cemerlang

Thursday, April 24, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus dibuka sebagai sebuah Sekolah Persendirian dalam tahun 1922 oleh Reverend Mother St Hermine. Beliau telah memperolehi sebuah bangunan kecil di sebelah gereja 'The Immaculate Conception' untuk dijadikan sebuah sekolah. Pada ketika itu, hanya terdapat 5 buah bilik darjah dan bilangan muridnya adalah kurang daripada 100 orang.

Pada tahun 1930, empat buah bilik telah ditambah kerana jumlah murid telah meningkat ke 250 orang. Murid-murid yang tamat dan lulus peperiksaan Darjah Enam akan melanjutkan pelajaran mereka di Sekolah Menengah Convent Light Street hinggalah tercetus Perang Dunia Ke-2 pada tahun 1941.

Selepas Perang Dunia Ke-2, bilangan murid telah bertambah ramai dan sebuah bangunan baru terpaksa dibina. Pada tahun 1950, sebuah bangunan baru telah dibina kira-kira 5 meter di seberang jalan dari bangunan lama. Bangunan baru ini mengandungi 13 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik guru.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, pihak kerajaan telah menwujudkan satu sistem pelajaran baru di mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan adalah dari Darjah satu hingga Darjah Enam dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan adalah dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Kedua-dua jenis sekolah ini telah dijalankan dalam dua bangunan ini. Pada bulan Disember 1958, murid-murid sekolah ini buat pertama kalinya memduduki Peperiksaan Sijil Persekolahan.

Mulai tahun 1960, bangunan lama digunakan sebagai Sekolah Rendah sementara Bangunan Baru digunakan sebagai Sekolah Menengah. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, tiga kelas Darjah Enam terpaksa dijalankan di Sekolah Menengah pada sesi petang.

Hasil dari kerjasama dan usaha semua pihak, sebuah blok baru satu tingkat yang mempunyai tia bilik darjah telah dibina pada tahun 1979. Tingkat kedua yang juga mempunyai tiga buah bilik darjah telah ditambahkan pada tahun 1981. Kini, semua kelas Sekolah Rendah dapat dijalankan di bangunan yang sama. Pada tahun 1983, bilangan murid sekolah ini adalah seramai 794 orang.

Sebuah perpustakaan telah siap dibina pada tahun 1988. Pada masa ini SK. Convent Pulau Tikus mempunyai 18 kelas yang dijalankan dalam dua sesi. Jumlah murid pada tahun ini ialah 747 orang.

Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus telah ditukarkan status dari sekolah bantuan kerajaan kepada Sekolah Kerajaan oleh Kementerian mengikut surat KP(BPPDP)s.700/099/P/SK-011/005(24) bertarikh 1 September 2005.